Thursday, August 5, 2010

LANGKAH- LANGKAH KESELAMATAN

  • Apabila mengendali diod langkah- langkah keselamatan berikut mesti diamalkan:
  1. Diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan.
  2. Perhatian perlu diberi apabila proses pematerian diod ke papan litar dibuat.
  3. Kaki diod hendaklah dibengkok dengan cara yang betul.
  4. Ia mesti dipegang pada kakinya menggunakan playar muncung tirus, kemudian                                      baru bengkok.
  5. Ia penting supaya simpang PN yang ada di dalam diod tersebut tidak terganggu
  6. Semasa menguji diod pada papan litar, pastikan diod dipisahkan terlebih                                           dahulu dari litar sebelum pengujian dibuat.
  7. Apabila proses pematerian dilakukan langkah keselamatan seperti yang telah                              dinyatakan dalam modul 3 perlu diikuti.

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN DIOD

1. Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter
    pelbagai berdigit.
2. Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai analog,fungsi meter
    ohm digunakan.
3. Dalam pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah
   10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang bacaan adalah infiniti.
4. Apabila meter pelbagai berdigit digunakan, meter dilaraskan ke fungsi
    pengujian diod.
5. Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V
    (untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
6.Pengujian diod menggunakan meter pelbagai analog.
7. Dua jenis kerosakan yang sering berlaku pada diod ialah terbuka dan terpintas.
8. kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian meter ohm.
9. Meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan
Kaedah pengujian diot.

Penentuan kekutuban diod menggunakan
meter pelbagai analog.

DIOD ZENER

dI0d zEneR

>Diod zener ialah satu lagi contoh diod yang banyak digunakan dalam litar elektronik.


1. Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter
    pelbagai berdigit.
2. Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai analog,fungsi meter
    ohm digunakan.
3. Dalam pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah
   10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang bacaan adalah infiniti.
4. Apabila meter pelbagai berdigit digunakan, meter dilaraskan ke fungsi
    pengujian diod.
5. Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V
    (untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
6.Pengujian diod menggunakan meter pelbagai analog.
7. Dua jenis kerosakan yang sering berlaku pada diod ialah terbuka dan terpintas.
8. kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian meter ohm.
9. Meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan tamatan diod yang tidak diketahui kekutubannya.
 
                                       Kaedah pengujian diod
 

DIOD ZENER

dI0d zEneR

>Diod zener ialah satu lagi contoh diod yang banyak digunakan dalam litar elektronik.


Diod zener sebagai pengatur voltan

Kegunaan diod simpang PN

1. Kegunaan diod simpang PN ialah:
  •   Penerus
  •   Pengehad
  •   Pelindung
2. Litar penerus menukarkan arus ulang alik kapada arus terus.
3. Ciri diod membenarkan arus mengalir satu hala sahaja menyebabkan hanya
    separuh daripada kitar bekalan sampai ke bahagian keluaran.
4. Diod digunakan bagi mengehad voltan masukan kepada +0.7v dan-0.7v sahaja.
5. Diod digunakan sebagai pelindung.
6. Diod D berperanan melindungi transistor daripada kemungkinan wujudnya voltan tinggi yang terhasil kesan daripada penyambung transistor ke gegelung.
               
                      (a) Litar penerus     (b) Gelombang masukan dan keluaran                                                                    
                                                       

Diod simpang PN (DIOD)

  1. Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
  2. Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
  3. Bahan P ialah anod.
  4. Bahan N ialah katod.
  5. Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
  6. Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
  7. Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
  8. Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
  9. Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
  10. Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
  11. Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
  12. Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
  13. Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.

iNTRO

hYeep...salam perkenalan dari mierul n yani..umq saya Muhammad Amirul b.Roslan dan Nurhidayani bt Mazlan..kami dari kelaz 4 ee1..
Kami dari SMT Melaka Tengah..kami wt blog nie untuk menyiapkan projek elektrik dan elektronik bagi modul pembelajaran bab 6..
.....umq..owkeylah campai cini jek lah kami menulis pengenalan diri kami ini..
sudi-sudilah untuk membuka blog kami ini..okeylah penat dah taip ne k bubyee..
^-^salam perkenalan kepada semua pembuka blogg....